A-09-08, Blok A, Palm Garden Apartment 41150 Klang, Selangor
Jenis
Apartmen
Saiz
910 Kps
Bilik Tidur
3
Bilik Air
2
Nikmati ketenangan di Penginapan Palm Garden, terletak di tengah-tengah bandar Klang. Sama ada anda mencari penginapan untuk hujung minggu atau penginapan jangka panjang. Palm Garden menyediakan tempat bersemayam yang selesa dan mesra untuk menjadi rumah kedua anda. Terokai kekayaan budaya Klang dan kembalilah ke keselesaan Palm Garden, di tengah-tengah kehidupan bandar yang sibuk.
Kutipan Deposit adalah bernilai RM50 bagi setiap rumah rehat.
Deposit akan dikembalikan dalam tempoh 7-14 hari bekerja selepas kunci diserahkan serta tanpa kerosakan.
Sekiranya terdapat kerosakan di dalam unit atau kerosakan harta benda, Pihak SSB berhak untuk tidak memulangkan jumlah Deposit dan/atau menuntut jumlah lebihan harga (sekiranya ada).
Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh penyewa.
Deposit akan dipulangkan sekiranya pihak SBB membatalkan tempahan penginapan berikutan masalah penyelenggaraan atau lain-lain hal yang dirasakan perlu.
KEBERSIHAN
Pastikan Rumah Rehat dalam keadaan bersih sebelum meninggalkan unit.
Sampah perlu dibuang ke rumah sampah sebelum meninggalkan unit.
FASILITI
Sila patuhi peraturan yang disediakan Pihak Pengurusan PGA untuk menggunakan fasiliti yang terdapat di PGA.
Pakaian renang/bersesuaian untuk menggunakan kolam renang.
Pakaian sukan/bersesuaian untuk menggunakan Gimnasium atau Gelanggang Badminton.
LARANGAN LAIN
Sebarang parti atau aktiviti lain yang mengganggu penghuni lain adalah dilarang.
Sebarang aktiviti melibatkan bahan terlarang seperti dadah dan sebagainya adalah dilarang.
Sebarang aktiviti membakar (BBQ) di dalam rumah adalah dilarang.
Sebarang aktiviti melibatkan maksiat atau yang berkaitan adalah dilarang.
Merokok didalam premis/bangunan adalah dilarang.
“BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA RUMAH REHAT SSB UNTUK KEGUNAAN BERSAMA”